

Sejarah SKSID | 8:20 PM |
Filed under:
Sejarah
|
SRK.Sultan Ibrahim 2 mula ditubuhkan awal tahun 1971 dengan menumpang belajar di bangunan SM Perempuan.Pada masa itu bilangan murid seramai 900 orang dan 30 orang guru. Dua buah blok bangunan telah digunakan. Sekolah telah berjalan dalam dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang.Tahun satu,dua dan lima pada sesi pagi Chin Hoe yang mula bertugas pada 1hb Januari 1971. Selepas sepuluh tahun menumpang,barulah SRK Sultan Ibrahim 2 berpindah ke bangunan sendiri pada pertengahan tahun 1981. Kedudukannya bersebelahan dengan SMK Sultan Ibrahim 2, dan berhadapan dengan Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Mas/Tumpat.Bangunan baru itu mengandungi satu blok bangunan 3 tingkat dan 2 blok bangunan satu tingkat serta padang permainan yang dikongsi bersama dengan SMK Sultan Ibrahim 2. Ianya terletak diatas tapak yang berkeluasan 0.245 hektar.
Pada tahun 1984, PIBG sekolah telah bermurah hati membina satu blok bangunan satu tingkat untuk menampung pertambahan murid. SRK Sultan Ibrahim 2 telah disempurnakan perasmiannya oleh Menteri Pelajaran Malaysia iaitu,YAB Dato Seri Anwar Ibrahim pada pertengahan tahun 1987.SRK Sultan Ibrahim 2 telah ditukar namanya kepada SK.Sultan Ibrahim 2 pada awal tahun 1990. Pada awal tahun 1992, SK.Sultan Ibrahim 2 telah dipecahkan menjadi 2 buah sekolah iaitu SK Sultan Ibrahim 2 dan SK Sultan Ibrahim 4 kerana bilangan murid yang semakin bertambah .SK. Sultan Ibrahim 2 telah ditadbir oleh Tuan Hj Yunus b Mohd Amin sebagai guru besar dan Encik Mohd Adib b Ibrahim sebagai Pemangku Guru Besar SK.Sultan Ibrahim 4.
Kedua-dua buah sekolah itu berada dalam satu kawasan yang sama dengan berkongsi bangunan,padang dan kantin.Pada akhir tahun 2002 SK.Sultan Ibrahim 2 telah memiliki sepenuhnya bangunan sekolah dan SK Sultan Ibrahim 4 telah berpindah ke bangunannya sendiri yang terletak di Kg.Endong,Pasir Mas.Pada 1hb Januari 2003,SK.Sultan Ibrahim 2 telah menjadi sekolah satu sesi.dengan persekolahannya hanya pada waktu pagi sahaja. Pada tahun 2003 juga kelas pra sekolah juga telah diwujudkan.Mula tahun 1971 sehingga kini SK.Sultan Ibrahim 2 telah ditadbir oleh 9 orang guru besar yang berkaliber.
1.En Toh Chin Hoe (1.1.1971-30.9.1982) Tempoh Perkhidmatan 10 th 8 bln
2.En.Sulaiman b Ibrahim(1.10.1982-31.12.1987) Tempoh Perkhidmatan 5 th 2 bln
3.En.Yunus b. Mohd amin(1.1.1988-18.8.1992) Tempoh Perkhidmatan 4 th 7 bln
4.En.Kamariah bt. Yusof(19.8.1992-31.3.1994) Tempoh Perkhidmatan 1 th 5 bln
5.En.Che Harun b. Che Ngah(1.4.1994-30.6.1998) Tempoh Perkhidmatan 4 th 2 bln
6.En.Baharudin b. Jais (1.7.1998-31.12.1998) Tempoh Perkhidmatan 6 bulan
7.En.Mazlan Mohd Nor(1.1.1999-1.2.2002) Tempoh perkhidmatan 3 tahun 1 bln
8.En.Banun b. Mat Jusoh(3.2.2002-29.2.2004) Tempoh Perkhidmatan 2 tahun 1 bln
9.Pn.Sepiah @Razinah bt Mahmood(1.3.2004-Sekarang)

© 2008 Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim 2
Design by Templates4all
Converted to Blogger Template by BloggerTricks.com
2 comments:
Aku Roslan bin Razak, murid lama 1974-1979. Kenangan lama di S.I.S. 2 tidakkan aku lupakan. Walaupun keadaan sekolah tidak begitu sempurna, ia masih meninggalkan kenangan indah. Kantin yang begitu kecil, murid-murid bermain ping-pong di dalam bangsal buruk di tepi kantin, padang permainan yang selalu bertakung air setiap kali hujan, begitulah keadaannya. Di antara cikgu-cikgu yang dikenang: Cikgu Azizah-kelas 1 biru 1974, Cikgu Hamidah-2 hijau, Surinder Singh, Akhbar Singh ("kuda kayu!"), Cikgu Hasnan Yahya-keranamu aku pandai bercakap orang putih, dan Headmaster Mr Toh Chin Hoe yang seluarnya sentiasa terlondeh, hampir terlucut, hahaha! Rakan rakan: Toh Beng Sin-murid terpintar yang selalu mendapat perfect score (anak headmaster, ofcourse), Hasnan Seman (snek), Azmi (chulas), Amar, Kartini Hassan (1st crush hehe...), Yassin, Alias, Rosnah, Sanadi Ramly-now business parner, dan lain lain yang aku sudah lupa namanya. Kenangan paling manis: main kejar kejar sambil lantun bola ke atas belakang member di atas padang, hari sukan yang sentiasa dikunjungi Milo atas van yang paling lazat, kena kawat duri semasa lari keliling padang waktu PJ, main silat dan 'gurah' di bawah pohon jati, makan nasi kantin harga 20 sen dan main ping pong lepas tu, kena ketuk dengan buku atas kepala sampai nangis oleh Cikgu Hasnan kerana gagal sebul "weapon" dengan betul (terima kasih, cikgu). Ah, semuanya tak akan aku lupa sampai ke ahkir hayat. Sesiapa yang dari sekolah yang sama yang mempunyai cerita tersendiri, silalah berkongsi kisah anda. Terima kasih SIS 2. Wassalam.
Assalamualaikum pembuka bicara....sblum berlter lg pnjg lebr..ak nk berpntung ckit..dgr k...WOH NYO WOH KLAPO,NOK TNYO NIE SIHAT KO BLAKO?WOH KHEKUK LALEY PRAHU,KALU TOK PEHE WAT2 TAHU..Hai..ak aqilah..tp pemos ngan nma qilah...ak skang bru je form4...tp kngan tg x dapat ak lupa msa kat sid..xlaen x bukan sbb cikgu2...mcm2 ada..yg grang ad..yg baek ad..yg plh ksih pon ad..tp ak x ksah pon..ckgu yg pling2 ak x bleh lupe ialah ckgu NOR LIDA ARIFFIN..bg ak,dia lah yang terbaik bagi ak...ak nie kra matured ar kt skowl..msa ak drjah 2..DIA la ckgu yang pertma dan terakhr yg sruh ak pkai tdung..smpai skang,alhamdulillah..dgn ajaran dan didikan agama fmly ak..ak tidak penah free hair..tp dalm hppy2..ad jgk yg sdhnya...ak kena tengking kat cikgu norlida...sluruh organ dalaman berhnti..hahaha...malu gila2..ak x nak ah cite npe ak kna tengkng...malu.....duk dalm 2 3 mnggu..ak d plwa ckg norlida untk jd pgwas pust sumber skowlh..dan ak telah berjya memegang jawatan itu selama 5 taun...HaAAAA...nie plak ckgu yg pling2 ak syg..tp dia kurg smprna coz mta dia x berfngsii..nma dier..CIKGU MEA...ak syg gla kat dia..dia ska usik ak..smua plajr laki yg dia knl,msti dia keneng2 kan aku..tp ak just gelak je..apa slhnye ckgu nk grau2 ka?????ngis..ktwa..ak sllu jumpa dia..x kra la ak ad kels ke x..ak snggup kuar kels smta2 jmpa dia..dan ak pernh d mrh ckgu sbb ak msk lmbt kekls coz ak pg jmpa ckgu 2..ak xkan lupakan dia..ak doakan dia bhgia d smpg is3 dan ank2..hAAAA!!!SEDIH KE???ala...jgn la sedh2..jom2 ak smbng crta ag k...emmmm...ape ag ek....HHAAAAAAA!!!!!!!!!kt sid..ak memg bnyk bgiat..ad la jgk ak msk tandng nyanyian..tp x ingt lirk lorh...hahaha...slain mnyanyi..ak wakil nasyid..wakl bola baling..wakil bola tampar..wakil bola jrng..dan palg ak x ska..ak tpaksa berpsah ngan fmly ak coz ad perkhemahaan..pacat bnyk......hahahahaha......AK AD SORG CKGU..nma dia sir wahidi..fuyyooo....spoting gla...dia org kuat dlm bab2 ksenian d skowlh..umah dia pon dkt ngan ak...emm,pe ag ek..di ikutkan ati..bnyak ag ak nak crta..tapi lenguh tngan la plak..hehe...pe2 pon..ak nk ucp berbnyak2 trma ksh kpda smua ckgu yg tlah bersush pyh mendidk ak yg degil ini...jasa mu ttp ku kenang..EHHHHH!!!!!!sori2 sume....mak ak suh beli gula la...t ak smbung cite ag k..hehehe...kpda kwn2 ak yg sudi membca..tq k..jgn lupa cri ak QILAHGURLZ@YAHOO.COM.assalamualaikum....
Post a Comment