

Sejarah SKSID | 8:20 PM |
comments (2)
Filed under:
Sejarah
|
SRK.Sultan Ibrahim 2 mula ditubuhkan awal tahun 1971 dengan menumpang belajar di bangunan SM Perempuan.Pada masa itu bilangan murid seramai 900 orang dan 30 orang guru. Dua buah blok bangunan telah digunakan. Sekolah telah berjalan dalam dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang.Tahun satu,dua dan lima pada sesi pagi Chin Hoe yang mula bertugas pada 1hb Januari 1971. Selepas sepuluh tahun menumpang,barulah SRK Sultan Ibrahim 2 berpindah ke bangunan sendiri pada pertengahan tahun 1981. Kedudukannya bersebelahan dengan SMK Sultan Ibrahim 2, dan berhadapan dengan Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Mas/Tumpat.Bangunan baru itu mengandungi satu blok bangunan 3 tingkat dan 2 blok bangunan satu tingkat serta padang permainan yang dikongsi bersama dengan SMK Sultan Ibrahim 2. Ianya terletak diatas tapak yang berkeluasan 0.245 hektar.
Pada tahun 1984, PIBG sekolah telah bermurah hati membina satu blok bangunan satu tingkat untuk menampung pertambahan murid. SRK Sultan Ibrahim 2 telah disempurnakan perasmiannya oleh Menteri Pelajaran Malaysia iaitu,YAB Dato Seri Anwar Ibrahim pada pertengahan tahun 1987.SRK Sultan Ibrahim 2 telah ditukar namanya kepada SK.Sultan Ibrahim 2 pada awal tahun 1990. Pada awal tahun 1992, SK.Sultan Ibrahim 2 telah dipecahkan menjadi 2 buah sekolah iaitu SK Sultan Ibrahim 2 dan SK Sultan Ibrahim 4 kerana bilangan murid yang semakin bertambah .SK. Sultan Ibrahim 2 telah ditadbir oleh Tuan Hj Yunus b Mohd Amin sebagai guru besar dan Encik Mohd Adib b Ibrahim sebagai Pemangku Guru Besar SK.Sultan Ibrahim 4.
Kedua-dua buah sekolah itu berada dalam satu kawasan yang sama dengan berkongsi bangunan,padang dan kantin.Pada akhir tahun 2002 SK.Sultan Ibrahim 2 telah memiliki sepenuhnya bangunan sekolah dan SK Sultan Ibrahim 4 telah berpindah ke bangunannya sendiri yang terletak di Kg.Endong,Pasir Mas.Pada 1hb Januari 2003,SK.Sultan Ibrahim 2 telah menjadi sekolah satu sesi.dengan persekolahannya hanya pada waktu pagi sahaja. Pada tahun 2003 juga kelas pra sekolah juga telah diwujudkan.Mula tahun 1971 sehingga kini SK.Sultan Ibrahim 2 telah ditadbir oleh 9 orang guru besar yang berkaliber.
1.En Toh Chin Hoe (1.1.1971-30.9.1982) Tempoh Perkhidmatan 10 th 8 bln
2.En.Sulaiman b Ibrahim(1.10.1982-31.12.1987) Tempoh Perkhidmatan 5 th 2 bln
3.En.Yunus b. Mohd amin(1.1.1988-18.8.1992) Tempoh Perkhidmatan 4 th 7 bln
4.En.Kamariah bt. Yusof(19.8.1992-31.3.1994) Tempoh Perkhidmatan 1 th 5 bln
5.En.Che Harun b. Che Ngah(1.4.1994-30.6.1998) Tempoh Perkhidmatan 4 th 2 bln
6.En.Baharudin b. Jais (1.7.1998-31.12.1998) Tempoh Perkhidmatan 6 bulan
7.En.Mazlan Mohd Nor(1.1.1999-1.2.2002) Tempoh perkhidmatan 3 tahun 1 bln
8.En.Banun b. Mat Jusoh(3.2.2002-29.2.2004) Tempoh Perkhidmatan 2 tahun 1 bln
9.Pn.Sepiah @Razinah bt Mahmood(1.3.2004-Sekarang)

© 2008 Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim 2
Design by Templates4all
Converted to Blogger Template by BloggerTricks.com